Sunday, August 15, 2010

Suatu Malam d' Batu Pahat

Macam biasa, kalau ak tadak kerja ak akan kluaq p melepak dengan geng2 Trendbundle.com. Lepak dengan bro2 ni mmg x kering gusi ada ja bahan yang best untuk ditertawakan. Boleh dikatakan ak antara pelanggan yang selalu menyemak kat kedai, bukan beli pon tapi p melepak ja pastu tutup kedai p lepak minum kat warong. Boleh dikatakan bro2 ni la peneman ak dikala bosan sebab nak kluaq dating memang tak dating la aku..awek tadak bro!hahaha...So, layan jela bro2 yang 'rare' ni. Kalau melepak tu ak la yang paling tak 'rare' antara dey all semua. Yala, ak bukan dok kedai lagipon modai x banyak sebab ak dah banyak laburkan kat tempat lain!hoho...Banyak menda yang ak minat sebenaqnya...Tp next time la ak story.
Bebalik kepada cerita suatu malam d' B.P ni, Lepas tutup kedai malam tu kami terus ke BP Walk kat Jalan Rahmat. Biasa la lepak minum sambil borak2 kosong, tp malam tu kami ada tetamu: PR kepada salah sorang artis terkemuka tanah air kita. Sedikit sebanyak dia bercerita la tentang artis ni td. Rupanya artis ni nampak ja macam baik tapi tetap ada jugak tabiat buruk. Yang si PR ni tadi rilexs ja jawab "biasa la bro, dia pon manusia mcm kita jugak!" Dengaq ja ayat ak terus bedekah dibuatnya. Adui..indah khabar dari rupa sahaja. Tapi kalau kipas susah mati dia tau cerita disebalik tabir, memang bakaq abis dia punya poster!hahaha...Takpala, ak malas nak bercerita tentang keburukan orang ni, biaq la kat dia. Tu hak dia dan hidup dia lagipon sapa la ak nak p tegoq dia plak kan...???
Cerita bermula macam ni, baru nak mula!hahaha...Nak Mula cerita malam tu malam minggu dan biasa la kalau malam minggu ni kan..bulan Puasa plak tu. Mat rempit + mat kereta besepah la berpeleseran di dalam bandar. Kalau sempat kira boleh kata beribu jugak kot! Dan kalau ada budak2 ni mesti ada peronda polis dok ligan (kejar) budak2 ni. Tengah sedap2 bebual, ak terpandang satu Golf GTi ni masuk parking kat paking bay area tempat ak lepak. Sekali yang kluaq, budak muda, melayu!wah bangga jugak ak sat! Yala, x bleh pakai pon ada orang satu bangsa pakai kira tumpang bangga la kan...? Tutup cerita golf ni...
Perbualan diteruskan lagi...pastu ada satu geng mamat RXZ ni mungkin patah balik sebab ada polis kot kat depan. mereka naik mto menongkah arus la nak selamat punya pasai (dulu ak pon mcm ni jugak!) hahaha... Time dey all patah blik ni, datang satu kancil terus langgaq satu mamat RXZ ni tadi! Cuba bayangkan mcm mana keadaan kat tempat kejadian tadi. Mamat tadi pon tergolek disebabkan dilanggaq tadi. Orang yang tengah lepak minum semua bangun tengok! Pastu kluaq la mamat2 yang 'berkuasa' ni agaknya la sebab dey all x pakai uniform pon. Boleh ka mcm tu??? Pastu datang lagi satu Wira dengan 3 orang ahli yang mungkin 'berkuasa' jugak kot. Kebetulan moto mamat tadi ni terbalik dan terkena Golf GTi td! Pastu semua yang 'berkuasa' tadi ni dok bancuh mamat RXZ td! Memang la sebab hampa ramai, mamat tu sorang! Cuba ramai mau terdiam semua!hahahaha...
Moralnya, apa salah mamat tadi tu..???Besaq sangat ka salah dia merempit sampai dia diperlakukan macam tu...??? Lain la kalau mamat tadi tu merompak ka, membunuh ka, merogol ka, buang anak ka...bleh la kami tolong bantai skali dan semua orang kat situ bercakap demikian! Boleh ka polis buat mcm tu..???sampai macam tu ka kuasa yang dey all ada...??? Main langgar ja kalau mati budak tu mcm mana, patah kaki ka...??? Agak2 la kalau u all ada kuasa pon! BODOH mcm Gampang! Sori la kalau ada yang terasa tapi korang fikir la sendiri...boleh ka buat sampai tahap mcm tu...???? Pastu yang Golf td tu, sapa nak bayaq..??? Polis2 tadi tu blah gtu ja....! Nasib tak kena keta ak, kalau x...ak pon tak tau nak buat apa!hahahaha...Macam mana plak kalau kena kat batang idung diorang..apa diorang rasa...??? Tepuk dada tanya la selera...

No comments:

Post a Comment