Friday, November 13, 2009

Kearah Matlamat Yang Bercanggah.....!!!!


Skarang nih ak tengah berusaha nak buat satu Perlembagaan...hahaha...mcm hebat gila ja bunyiknya yang tadak apa pon sebanqnya. Tak payah la ak cakap untuk apa biaq individu2 yang terbabit sahaja yang tau ataupon senang kata biaq masa la yang bagitau sekiranya segala yang dirancang berjalan dengan lancar yang ak sendiri tak yakin. Kebiasaanya beronak dan berliku tapi kita cuba untuk mengharungi semua yang mendatang. Cuma apa yang ak harapkan sokongan daripada semua pihak yang terbabit secara langsung untuk menyokong penuh apa yang akan dilakukan kelak. Kepada yang tak langsung, sekurang-kurangnya anda patut mendoakan kami semua walaupon anda tidak tahu apa yang kami rancangkan tapi percayalah...ianya bertujuan murni.
Kepada semua ahli yang terbabit, mari kita buktikan apa yang telah kita rancangkan dan dalam masa itu juga kita beramal untuk kebajikan jangan kita lupa! Moga Berjaya kalian semua....

Saturday, November 7, 2009

Selamat datang Minggu Kertas

Kenyataan diatas seolah-olah ak sangat2 mengalukan kedatangan minggu yang dinantikan oleh semua penuntut di IPT setiap penghujung semester. Pada hakikatnya ak tak bukak buku lagi untuk menghadapi kertas2 yang mampu membunuh sekiranya serangan yang dilancarkan oleh pensyarah terhadap anak didiknya di luar dugaan atau segala tips/hint yang diberi menyempang! Pasti maut bakal ditempah...Pasti berjumpa lagi...Pensyarah itu tersenyum!

Kertas ak mula lambat seminggu dari semua budak...sebab tu la ak rilexs ja dok layan komik la movie la..jalan sini jalan sana..haha..cuba kalau paper dah mula, pastu tak berapa bleh jawab...baru terasa bahang Minggu Kertas! ni lambat...memang semua bdk2 ak rilexs ja...Waktu sekarang baru la nak cuba..baru nak cuba bukak buku sebab bukan senang nak carik mood nak menghayati apa yang terkandung dalam kitab yang tebal itu...! Oleh itu, kepada yang terlibat...cubalah menghayati setiap ilmu yang ada dalam kitab itu sebagai bekalan untuk bertarung dengan Kertas! Moga anda beroleh kejayaan kelak...Selamat maju jaya kepada yang terlibat, Sama-samalah kita berdoa...

Tuesday, November 3, 2009

Si PengGila Denim

Jeans...???Pasal menda ni pon nak cerita ka...??hahaha...ak pon tak tau sebab apa ak bercerita tentang menda ni. Mungkin sebab ak bosan dan tak tau nak buat apa...Bila ak tgk seluar ak yg tergantung, "mak ai..byk jugak seluar ak ni..da bleh bukak bundle ni!" haha...ada jugak yang bila masuk ja bilik ak, tgk seluar tergantung...keluar penyataan mcm tu..walhal yg sebenarnya tak la byk sgt pon...sikit ja kot...
Kegilaan ak terhadap benda boleh tahan la...tapi bukan sampai ke tahap yg melampau la sbb poket tak tebal kot. Tapi setakat yang ada dalam simpanan ak tadak la rare sgt...biasa2 sahaja kalau nak dibandingkan dengan individu yang mmg mencari 'single digit' yang mmg sukar nak diterima dengan pemikiran biasa. Ramai yang idamkan...tapi tak berkemampuan...mcm ak!
Sbb apa ak jatuh hati dengan Jeans@Denim...kalau ak punya style, beli sehelai jeans yang huruf 'e' kepada 'E'...carik yang warna biru gelap(baru@baru pakai la....) pakai dari mula sampai jadi season...dan lepas tu baru nilai. Memang anda mengeluarkan yang agak byk untuk membeli...tapi makan masa bertahun untuk beli yang baru...sbb ak jarang berbelanja untuk seluar...setahun atau dua tahun sekali...tu pon kalau ada duit lebih la...
Tapi, apa pon ak bleh dikira tak berapa maju sangat la kalau nak dibanding dengan mereka2 yang betol2 gila dengan jeans ni sebab ak pakai satu brand ja, brand lain ak tak pakai..tu masalahnya. Nak buat mcm mana sbb ak jatuh hati dengan itu sahaja biarpon byk lagi brand lain. Ak pon tak tau sebab apa jadik mcm tu...
(Single Digit - pusingkan button paling atas seluar Levi's anda...kalau original kompem ada number...dan nilai yang paling sedikit adalah yang paling rare....!!!caya atau tak...bukak ebay, check..!dan pastikan anda percaya kebenaranya)
Dan, pandangan kalian pula bagaimana.........?