Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam,
Kepada semua umat Islam di seluruh dunia...di kesempatan ini ak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua semoga puasa tahun ini cukup hendaknya dan tidak ada yang berkurang langsung. Hakikatnya puasa membawa kepada seribu keberkatan kepada kita semua dengan membuat amal kebaikan dan meninggalkan perkara yang ditegah. kalau ada yang nak buat jugak tu, sabaq la sat..sebulan ja pon lepas ni buat la dan lagi bagus kalau bertaubat terus!
Bulan puasa ni jugak merupakan bulan untuk mencari rezki...kepada yang berusaha lebih maka org itu akan mendapat ganjaran mungkin di dunia mahupun di akhirat kelak. Pada masa yang sama akan wujud la "kedai kami dibuka 24 jam sepanjang Ramadhan" jadah apa ni...????kalau bulan x posa tamau plak buka 24 jam kn??? Kalau dulu mungkin ak salah seorang pelanggan yang akan p ke kedai yang sedemikian tapi mungkin dak lagi dah la ni..takan selamanya kita nak dok dalam dunia yang kegelapan. Masa ni jugak la akan ramai orang yang bawak beg plastik "hitam" dengan tujuan tidak nampak isi kandungan di dalamnya!hahaha...ak tau ni sebab dulu ak pon sama saja. Memang akan cari plastik wana itam supaya orang tak nampak. Ak ni pon bukan la orang yang baik sgt sebenaqnya tapi cuba berubah kepada kebaikkan. InsyaAllah...dan dalam Islam juga disuruh untuk kita tegur-menegur diantara satu dengan yang lain.
Pada ak yang bestnya kalau bulan posa ni masa kecik2 dulu...main meriam!hahaha...kalau sapa yang dok kampung tu mmg meriah la dengaq bunyi meriam ja...senang kata Tok Bilal tak payah azan pon takpa, budak ni tolong bgtau yang telah masuk waktu berbuka dan tamat waktu bersahur...hahahaha! sama dengan org ketuk gendang sini pon BOOMMMM...!!!pastu lari balik rumah buka puasa!hohoho..meriah2...tapi budak2 skarg ni dah mcm tak pandai nak main menda tu semua sbb kat kampung ak pon dah kurang dengaq benda ni...semua dah advan kot..main meriam kat tenet ja!hahaha...kesimpulanya hilang satu keseronokkan di zaman kanak2...mmg x best! tp dari sudut positifnya, bgus jugak kurang kemalangan semasa bulan puasa! Alhamdulillah jugak ak x penah kemalangan semasa main meriam dulu kalau setakat ilang bulu kening tu biasa la!hahahaha...
Apa pon, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Sekian...

1 comment:

  1. slamat berpuasa. smoga terus insaf. hahaha.
    eh, last weekend lalu jln dkt rumah awak. mak poyo nk p mlawat ur mom. siap dh slow2 keta dah. hahahaha

    ReplyDelete