Monday, November 29, 2010

Sunday, October 3, 2010

Bini oh Bini

Macam ni la keadaan kalau bini tadak...bosan smpai tatau nak ckp apa dah!hahaha..nak p mn pon x bleh...aduh,bosan2...!Tapi nasib baik dia dah sehat tggl nak p ambik ja malam ni...hoho...tapi result mcm kurang memberangsangkan la..pening2!mau ak upgrade ni kg!hahaha...apapon nnt2 la...kasik benafas dulu baru think again....ok?
Ni baru bini material, kalau bini betol mcm mana haa...??bleh gila ka kalau tadak...ataupon lagi best???bujang la katakan...bleh merayap xpon menggatal!kekekeke...apa pon tu semua begantung pada hati la...kalau nak pegi tamau sudah!kn??
apa pon....I Miss my Bini! Tetttttt....!!!

Thursday, August 19, 2010

Kebosanan Melanda

Ak pon tak tau la apasai lani macam cepat ja rasa bosan. Lemah tol ak rasa dengan perasaan bosan ni! Da tak tau nak buat apa dah...Nak main tenet, sampai bebuih-buih main dan dah tak tau apa yang nak di 'explore' dah.. Dari malas membaca jadi rajin membaca *tapi yang merapu la. Kira ok la jugak tu dari malas terus dan yang ilmiah memang always lemah sangat nak baca! Biasa la ilmiah katakan. Hahaha
Nak main dengan camera, adui...! Sampai dah tak tau nak tangkap gambaq apa dah. hahaha *buat porno pon best gak kan???tapi sapa nak jadi model...???Mengarut betoi! nak main dengan gajet pon macam dah bosan jugak. Hadoi! Nak 'prangggg'...x larat nak 'pranggggg' dah...nampak jalan lurus ja pranggg...asai jalan elok ja pranggg...hahaha... Tp, seyes best kalau 'pranggggg'....layan wooo!hahaha...
Tolong bagi idea sket nak buat apa... *Carik awek pon best gak, tp semua jual mahal la..dah la x ensem..lambat lagi la jawabnyo den kawen!ahahah...

Ak nak berkongsi sesuatu yang ak rasa sangat menarik la untuk dikongsi bersama kepada yang Muslim. Ak dapat dari my sista yang comel!Selamat berpuasa dan selamat beramal.....


Sunday, August 15, 2010

Suatu Malam d' Batu Pahat

Macam biasa, kalau ak tadak kerja ak akan kluaq p melepak dengan geng2 Trendbundle.com. Lepak dengan bro2 ni mmg x kering gusi ada ja bahan yang best untuk ditertawakan. Boleh dikatakan ak antara pelanggan yang selalu menyemak kat kedai, bukan beli pon tapi p melepak ja pastu tutup kedai p lepak minum kat warong. Boleh dikatakan bro2 ni la peneman ak dikala bosan sebab nak kluaq dating memang tak dating la aku..awek tadak bro!hahaha...So, layan jela bro2 yang 'rare' ni. Kalau melepak tu ak la yang paling tak 'rare' antara dey all semua. Yala, ak bukan dok kedai lagipon modai x banyak sebab ak dah banyak laburkan kat tempat lain!hoho...Banyak menda yang ak minat sebenaqnya...Tp next time la ak story.
Bebalik kepada cerita suatu malam d' B.P ni, Lepas tutup kedai malam tu kami terus ke BP Walk kat Jalan Rahmat. Biasa la lepak minum sambil borak2 kosong, tp malam tu kami ada tetamu: PR kepada salah sorang artis terkemuka tanah air kita. Sedikit sebanyak dia bercerita la tentang artis ni td. Rupanya artis ni nampak ja macam baik tapi tetap ada jugak tabiat buruk. Yang si PR ni tadi rilexs ja jawab "biasa la bro, dia pon manusia mcm kita jugak!" Dengaq ja ayat ak terus bedekah dibuatnya. Adui..indah khabar dari rupa sahaja. Tapi kalau kipas susah mati dia tau cerita disebalik tabir, memang bakaq abis dia punya poster!hahaha...Takpala, ak malas nak bercerita tentang keburukan orang ni, biaq la kat dia. Tu hak dia dan hidup dia lagipon sapa la ak nak p tegoq dia plak kan...???
Cerita bermula macam ni, baru nak mula!hahaha...Nak Mula cerita malam tu malam minggu dan biasa la kalau malam minggu ni kan..bulan Puasa plak tu. Mat rempit + mat kereta besepah la berpeleseran di dalam bandar. Kalau sempat kira boleh kata beribu jugak kot! Dan kalau ada budak2 ni mesti ada peronda polis dok ligan (kejar) budak2 ni. Tengah sedap2 bebual, ak terpandang satu Golf GTi ni masuk parking kat paking bay area tempat ak lepak. Sekali yang kluaq, budak muda, melayu!wah bangga jugak ak sat! Yala, x bleh pakai pon ada orang satu bangsa pakai kira tumpang bangga la kan...? Tutup cerita golf ni...
Perbualan diteruskan lagi...pastu ada satu geng mamat RXZ ni mungkin patah balik sebab ada polis kot kat depan. mereka naik mto menongkah arus la nak selamat punya pasai (dulu ak pon mcm ni jugak!) hahaha... Time dey all patah blik ni, datang satu kancil terus langgaq satu mamat RXZ ni tadi! Cuba bayangkan mcm mana keadaan kat tempat kejadian tadi. Mamat tadi pon tergolek disebabkan dilanggaq tadi. Orang yang tengah lepak minum semua bangun tengok! Pastu kluaq la mamat2 yang 'berkuasa' ni agaknya la sebab dey all x pakai uniform pon. Boleh ka mcm tu??? Pastu datang lagi satu Wira dengan 3 orang ahli yang mungkin 'berkuasa' jugak kot. Kebetulan moto mamat tadi ni terbalik dan terkena Golf GTi td! Pastu semua yang 'berkuasa' tadi ni dok bancuh mamat RXZ td! Memang la sebab hampa ramai, mamat tu sorang! Cuba ramai mau terdiam semua!hahahaha...
Moralnya, apa salah mamat tadi tu..???Besaq sangat ka salah dia merempit sampai dia diperlakukan macam tu...??? Lain la kalau mamat tadi tu merompak ka, membunuh ka, merogol ka, buang anak ka...bleh la kami tolong bantai skali dan semua orang kat situ bercakap demikian! Boleh ka polis buat mcm tu..???sampai macam tu ka kuasa yang dey all ada...??? Main langgar ja kalau mati budak tu mcm mana, patah kaki ka...??? Agak2 la kalau u all ada kuasa pon! BODOH mcm Gampang! Sori la kalau ada yang terasa tapi korang fikir la sendiri...boleh ka buat sampai tahap mcm tu...???? Pastu yang Golf td tu, sapa nak bayaq..??? Polis2 tadi tu blah gtu ja....! Nasib tak kena keta ak, kalau x...ak pon tak tau nak buat apa!hahahaha...Macam mana plak kalau kena kat batang idung diorang..apa diorang rasa...??? Tepuk dada tanya la selera...

Friday, August 13, 2010

Bersedekahlah Anda...


Besemperna hari baik bulan baik ni...apa kata kalau kita bersedekah kepada mereka-mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Bukan susah pon...Bismillah, baca Al-Fatihah. dah!cukup! Sebab kalau kita yang berada diatas muka bumi ni x sedekah kat dey all, sapa lagi...kn?Dan yang masih lagi bernyawa, beringatlah kita...semua akan menuju ke sana cuma waktu dan ketika sahaja tidak diketahui. Jadi sentiasalah beramal moga-moga ditambahkan bekalan kita. InsyaAllah...
Jadi dikesempatan ni ak nak dedicate kan kepada:

Arwah Pakngah kesangan ak,
Arwah Tok Wan,
Arwah Wa Desa,
Arwah Emy,
Arwah Ibunda Kepada Pak Nad,
Arwah Ayahanda MatRem,
Arwah Pali,
Arwah Tim,
Arwah Tokwan Aida,
Serta umah Islam diseluruh dunia sama ada yang baru ataupon yang dah lama meninggal

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka moga mereka tenang berada disana...Amin
Al-Fatihah...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam,
Kepada semua umat Islam di seluruh dunia...di kesempatan ini ak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua semoga puasa tahun ini cukup hendaknya dan tidak ada yang berkurang langsung. Hakikatnya puasa membawa kepada seribu keberkatan kepada kita semua dengan membuat amal kebaikan dan meninggalkan perkara yang ditegah. kalau ada yang nak buat jugak tu, sabaq la sat..sebulan ja pon lepas ni buat la dan lagi bagus kalau bertaubat terus!
Bulan puasa ni jugak merupakan bulan untuk mencari rezki...kepada yang berusaha lebih maka org itu akan mendapat ganjaran mungkin di dunia mahupun di akhirat kelak. Pada masa yang sama akan wujud la "kedai kami dibuka 24 jam sepanjang Ramadhan" jadah apa ni...????kalau bulan x posa tamau plak buka 24 jam kn??? Kalau dulu mungkin ak salah seorang pelanggan yang akan p ke kedai yang sedemikian tapi mungkin dak lagi dah la ni..takan selamanya kita nak dok dalam dunia yang kegelapan. Masa ni jugak la akan ramai orang yang bawak beg plastik "hitam" dengan tujuan tidak nampak isi kandungan di dalamnya!hahaha...ak tau ni sebab dulu ak pon sama saja. Memang akan cari plastik wana itam supaya orang tak nampak. Ak ni pon bukan la orang yang baik sgt sebenaqnya tapi cuba berubah kepada kebaikkan. InsyaAllah...dan dalam Islam juga disuruh untuk kita tegur-menegur diantara satu dengan yang lain.
Pada ak yang bestnya kalau bulan posa ni masa kecik2 dulu...main meriam!hahaha...kalau sapa yang dok kampung tu mmg meriah la dengaq bunyi meriam ja...senang kata Tok Bilal tak payah azan pon takpa, budak ni tolong bgtau yang telah masuk waktu berbuka dan tamat waktu bersahur...hahahaha! sama dengan org ketuk gendang sini pon BOOMMMM...!!!pastu lari balik rumah buka puasa!hohoho..meriah2...tapi budak2 skarg ni dah mcm tak pandai nak main menda tu semua sbb kat kampung ak pon dah kurang dengaq benda ni...semua dah advan kot..main meriam kat tenet ja!hahaha...kesimpulanya hilang satu keseronokkan di zaman kanak2...mmg x best! tp dari sudut positifnya, bgus jugak kurang kemalangan semasa bulan puasa! Alhamdulillah jugak ak x penah kemalangan semasa main meriam dulu kalau setakat ilang bulu kening tu biasa la!hahahaha...
Apa pon, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Sekian...

Sunday, August 8, 2010

Edisi Khas

Sekadar Hiasan
Lokasi : Felda Selancar

Tanggal 11 July 2010 - Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku apabila benda yang dinantikan selama ini telah tiba dirumah ak dan menjadi hak milik ak buat selamanya. Benda yang ak maksudkan ni boleh dianggap mcm bini la oleh kaum lelaki!hahaha...Si Pendek Berpintu Dua! Kepada semua sahabat yang menunggu kehadiran benda alah ni, secara official-nya ak bgtau semua yang benda tu telah berada di dalam genggamanku. Tarikh ni juga merupakan tarikh di mana sepak mula Piala Dunia 2010 berlangsung cuma sepak mula tu mula malam, kereta ak sampai petang tu!hahaha...kepada yang menyapot secara langsung dan tak langsung, terima kasih yang tak terhingga ak ucapkan kepada semua.
Dah lama ak nak buat entry ni tapi asik tadak kesempatan ja...jadi ak tangguhkan dulu. Skarang mcm ada free skit, jadi ak merapu la kat sini lagipon dah lama ak tak buat entry kat sini. Komen: setakat sekarang ak sangat berpuas hati daripada semua aspek tak kira apa jua skalipon. cuma kalau nak ligan 'bro2' yang dah lama main ni mmg x dpt la...ak mmg tercicir dibelakang la alamatnya..keta depa semua pakai toyol!hahaha...keta ak standed gaban punya tapi bleh la skit2...sikit ja, x byk pon...kalau nak race, bro p dulu la...sy cucuk angin pon jadilah!ohoho...
Dan, terima kasih yang tak terhingga ak ucapkan kepada kedua IbuBapa ku yang terlalu banyak berusaha untuk mendapatkan isteri pertama ak ini. I LOVE BOTH OF U SO MUCH...!!!Sehingga ketemu lagi dilain masa...

Thursday, April 29, 2010

Projek Sarjana Muda

Inilah Hasilnya

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kehadirat Allah s.wt diatas limpah dan rahmatNya dapat ak menyiapkan projek yang memang sangat2 dinantikan oleh semua student yang berada di tahun yang terakhir dan menanti masa untuk Grad!hahaha...kalau x siap projek ni memang x bleh pkai topi untuk Grad nanti!so far ak dah siap semuanya dan boleh la kalau nak bergraduasi!hahaha..Alhamdulillah syukur.
Dalam masa menyiapkan projek ni macam2 dugaan yang kena face!Tengah2 buat tu rasa mcm nakberenti buat pon ada tapi nasib baik semua dah setel. Kepada semua kawan2 yang menolong ak, ak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua. Terima kasih sekali lagi. To my beloved parents, thanks so much.

Thursday, April 22, 2010

Moga Panjang Umur

Assalamualaikum....
Baru ni ak dikejutkan dengan berita yang mengatakan nenek ak sakit. memang ak sangat terkejut dengan berita tu sebab nenek ak ni kuat orgnya.kalau nak fight berjalan ka, mmg she is better than me tapi apa yang ak dengar mengejutkan. time ak dengaq beritu tu ak dah x pikiaq apa dah...yang ak tau ak nak sampai kedah sebelom dia pergi meninggalkan ak. dia la org yang ak paling sayang skali sbb dari kecik ak membesar dengan dia. at that time kalau org tgk muka ak mcm tadak apa yang berlaku tapi tak seorg pon tau apa yang ak rasa kat dalam. ak nak luah pon ak tak tau mcm mana. pretend to be cool!
Tapi Alhamdulillah la sejak 2,3 hari ni nampak mcm makin ok..Alhamdulillah. lagipon ak kat johor, jauh dari dia..kalau boleh ak nak jaga dia mcm mana dia jaga ak dulu. ak harap ak dapat balas jasa dia walaupon x semua. InsyaAllah...to all my friends, doa lah untuk kesihatan nenek ak..terima kasih.

Monday, April 5, 2010

Aku Bersyukur padaMu...

Selamat kembali ke ruangan untuk merapu. dah lama ak jugak ak tak post kat sini bukan tak mau, idea tu byk cuma banyak komitmen.hahaha...mcm haram!sebenaqnya tadak la teruk sgt pon cuma byk keja yang kena buat untuk PSM @ FYP seangkatan la campoq plak dengan 'kerajinan' ak yang teramat..mmg x jalan!hahaha. lagipon kerja ak semua boleh dikatakan byk kat lab. Senang cita kerja buruh kasar la, bancuh konkrit! Aduiai...pandai mencari bala..padan muka!
Time buat benda ni banyak yang ak blajaq la..reality dia mcm mana. Kalau ak cerita pon bukan semua org paham pon. Tapi yang ak bleh kongsi, hubungan dengan org sekeliling. Kalau dulu just pegi lab, buat lab..x perlu kenal sapa org yang jaga lab, ketua lab...tapi kalau dah kerja semua kat situ, senang kata mcm rumah ke-2 la kat lab tu kompom kenai dengan semua yang bekerja kat situ. Ada yang dari mula kenal pon dah ok..senang kata diorg x kerek la..senang ngam dengan student, sempoi! Tapi tak terelak daripada yang sombong, biasala nama pon manusia..mana ada yang sempurna. Tapi, bila dah lama2 dok tengok muka tu ja, ckp pon dengan muka tu jugak...lama2 dia jadi ok, ngam mcm kawan. Senang ckp bleh pow rokok dia la kalau rokok abis kat lab tu!hahaha....
Alhamdulillah syukur kehadirat Allah s.w.t diatas limpah rahmatnya, sampai skarg ni dah 90% report ak dah nak siap. Alhamdulillah...Lega gila ak rasa walaupon tak sepenuhnya kan...tapi ak bersyukur la sbb kerja tu bleh jalan dengan lancar even ak ni seorg yang sangat malas.hahaha..jujur ni. Tapi malas2 ak pon siap...ok la tu kan...?
Sampai sini, ak nak ucapkan ribuan dan jutaan ka apa ka yang menunjukkan banyak la...Terima kasih kepada yang membantu secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan FYP ak ni. terutama kepada yang banyak bazirkan peluh tolong ak kat lab bahan tu....thanks u so much guys!Tuhan ja dapat balas jasa kalian, insyaAllah....Tak lupa kepada translater yg comel(kurangkan upah!)hahaha..Thanks ya! To my Beloved Parent, Mummy & Daddy...Love both of u so much!

Sunday, March 7, 2010

Merapu DAN meraban - 05032010

hi guys...
Post ni adalah bertujuan untuk memperingati kawan dan sahabat handai yang teringat akan trajedi subuh 05032010 dimana ak dilahirkan ke dunia ini...Infinate thanks goes to my beloved parents, Mummy and Daddy. Tiada adiah yang istimewa on that day. Hadiah yang sebenarnya akan release lambat sket ye...TuNGgU....!
On that day tu, ak g class awal!hahaha...x penah2 dtg awal pastu aritu dtg awal..semangat la kononya..Ceh!(dlm hati ak)...kalau dah dlm hati ak pon mcm tu apatah lagi org lain yg memang anti dengan ak...huhu..tak kesah la,yang penting ak bgn awai dan p class awai dan tak kena baca sajak sbb lambat. kalau x, da jadi Usman awang la ak!kekekeke
Kepada semua yang wish,nyanyi bag hadiah or whatever la...ak ucapkan ribuan terima kasih.terharu gak sbb korang igt besday ak walaupon ada tulis kat Fb kn..but its ok for me..ak sangat menghargai.Thanks anyway...

Seluar ak ja putih,both ni itam seh!segan ak..hahaha

Gambaq ni plak, selepas beberapa hari. Ak p la trendbundle dan saja ja pancing mcm biasa. At last diorg ajak ak tgk wayang dan makan dan semuanya di'sponsor' oleh Tokey trendbundle!hahaha..Thanks you so much la bro....!So, mlm tu kami hang out bertiga la walopon pada mula 4 org(manap buat slacked sakit perut plak!).apa pon terima kasih byk2 for both of you guys!u all mmg sempoi ah...Kepala mmg meletop! =P

*sekadar gambar hiasan

Dan yang selalu menjadi persoalan bila org jumpa ak...awek org mana?dah ada ka blom...???bila nak kenalkan kat kami?ak dah boring dengaq soalan2 mcm ni...baik dari member2 esp pompuan la, makcik2 ak...sampai nenek pon bersuara gak!huhu...mmg bahya ni...Ok...untuk semua ak jawab la on my 23rd birthday kan....So far,tiada yang spesel or istimewa,awek,bini...seangkatan la...cuma bini ak yang pertama ja ada(sedia maklum la).Bukan tak mau tapi tadak yang sesuai, bukan memilih tetapi mencari dan x pernah berharap dan sentiasa berdoa.Wah!heee...kawan pompuan pon tak ramai, banyak laki ja yg ada untuk hang out buat keja gila...!Kepada yang tunggu siapa yang akn standing beside me lambat ag kot...ENJOY dulu!Yeah..>!!!!
Thanks guys n' gurls....!

Monday, March 1, 2010

Aku Dah Bertunang....!!!!!!!

hahaha...tajuk mmg x bleh terima dek otak langsung!yala..Orang yang tadak awek mcm ak tiba2 nak bertunang...????x ke pelik bin ajaib...dan ada la yg pikiaq kena tangkap basah la..apa la...hahaha...yang sebenaqnya tak pon tapi ak anggap ja mcm tu...mcm perumpaan jugak la lbey kurang.

Dah lama ak tak merapu kat blog ak nih..tapi arini ak terasa sangat bosan dan tadak kerja apa yang ak nak buat walaupon kerja memang dan sememangnya bertimbun!Tapi ak malas nak buat..x sampai seru lagi kot!kekeke..pastu nanti baru mencanak nak buat...hahahaha...sbbnya kepala ak dah x pikir apa dah...nak 'kawen' bulan JUN nanti....Ops..!

Tanggal 01 May 2010, pencarian Si Pendek Berpintu Dua a.k.a My First Wife dah jumpa dan dah bertunang pon...kepada sahabat2 yang tidak sabar jugak menantikan kehadiran bini pertama aku nih...ak harap kalian semua dapat bersabaq sikit ja lagi...kalau u all semua x sabaq, bayangkanlah apa yang ak rasa...semua dah ketaq dah ni!hahahaha....
*Special thanks to my beloved parents and those who involved in the process. Thanks so much much for all of u guys!

Apapon harapan ak, semua tu bergantung kepada pemberian daripada-Nya. Kalau ditakdirkan ak pakai, Alhamdulillah dan kalau tadak pon kira bukan rezki ak la untuk mendapatkan 'Dia'. Doakan ak semoga panjang umur dan dimurahkan rezki....InsyaAllah.
*Nanti kita gegarkan setiap litar yang ada!hahaha