Thursday, October 27, 2011

Lama Tak Bersua...

salam dan selamat sejahtera kepada semua...
Dah lama ak tak merapu kat ak punya blog ni...act,ak dah lupa password..dah lama ak try benda yg sama..tapi tatau pasai pa arini ak bleh sign in plak...tenet pon ada hantu kot...
Skarg ni dah x mcm dulu lagi selalu dok depan pc n tadak keja...besa la zaman blajaq kan...skrg dah masuk alam lain,bekerja!!!!!!adui...sungguh x best zaman ni...tapi duit ada la..tu ja yg best...tgk kerja la kalau nak ada life...mcm ak,mcm tadak life tapi PM ak ckp,dont throw out your life guys!kerja is kerja la...life is life lah!hahaha...thanks Mr.Leo for the advice...kalau p lambat kerja jgn marah haa...kekeke...
zaman blaja dah rasa,kerja pon dah rasa..ada satu zaman saja yg belom rasa lagi...kekekeke...tatau la sempat ka dak..ada ka tadak..just susun jari sepuloh,Doa la pada Yang Esa semoga dipermudahkan lah segalanya...InsyaAllah...
Takpa,kalau ada nanti ak akn bgtau semua org..kalau boleh satu dunia nak bgtau..kekekeke...tapi mcm mau cari lagi satu bini la...ak dah try survey..but,unbelievable la dia punya harga!hahaha..taktau la bleh ka dak..tgk la nanti mcm mn...pon kena tggu mcm bini yang pertama jugak...tp Isteri yang pertama come first kot...lepastu baru bini no.2!
Gtg,nanti ak punya bos mai tgk...finishlah!see ya guyS....!
Have a nice day and November is around the corner...cant wait for something yg very important!

Monday, November 29, 2010

Sunday, October 3, 2010

Bini oh Bini

Macam ni la keadaan kalau bini tadak...bosan smpai tatau nak ckp apa dah!hahaha..nak p mn pon x bleh...aduh,bosan2...!Tapi nasib baik dia dah sehat tggl nak p ambik ja malam ni...hoho...tapi result mcm kurang memberangsangkan la..pening2!mau ak upgrade ni kg!hahaha...apapon nnt2 la...kasik benafas dulu baru think again....ok?
Ni baru bini material, kalau bini betol mcm mana haa...??bleh gila ka kalau tadak...ataupon lagi best???bujang la katakan...bleh merayap xpon menggatal!kekekeke...apa pon tu semua begantung pada hati la...kalau nak pegi tamau sudah!kn??
apa pon....I Miss my Bini! Tetttttt....!!!

Thursday, August 19, 2010

Kebosanan Melanda

Ak pon tak tau la apasai lani macam cepat ja rasa bosan. Lemah tol ak rasa dengan perasaan bosan ni! Da tak tau nak buat apa dah...Nak main tenet, sampai bebuih-buih main dan dah tak tau apa yang nak di 'explore' dah.. Dari malas membaca jadi rajin membaca *tapi yang merapu la. Kira ok la jugak tu dari malas terus dan yang ilmiah memang always lemah sangat nak baca! Biasa la ilmiah katakan. Hahaha
Nak main dengan camera, adui...! Sampai dah tak tau nak tangkap gambaq apa dah. hahaha *buat porno pon best gak kan???tapi sapa nak jadi model...???Mengarut betoi! nak main dengan gajet pon macam dah bosan jugak. Hadoi! Nak 'prangggg'...x larat nak 'pranggggg' dah...nampak jalan lurus ja pranggg...asai jalan elok ja pranggg...hahaha... Tp, seyes best kalau 'pranggggg'....layan wooo!hahaha...
Tolong bagi idea sket nak buat apa... *Carik awek pon best gak, tp semua jual mahal la..dah la x ensem..lambat lagi la jawabnyo den kawen!ahahah...

Ak nak berkongsi sesuatu yang ak rasa sangat menarik la untuk dikongsi bersama kepada yang Muslim. Ak dapat dari my sista yang comel!Selamat berpuasa dan selamat beramal.....


Sunday, August 15, 2010

Suatu Malam d' Batu Pahat

Macam biasa, kalau ak tadak kerja ak akan kluaq p melepak dengan geng2 Trendbundle.com. Lepak dengan bro2 ni mmg x kering gusi ada ja bahan yang best untuk ditertawakan. Boleh dikatakan ak antara pelanggan yang selalu menyemak kat kedai, bukan beli pon tapi p melepak ja pastu tutup kedai p lepak minum kat warong. Boleh dikatakan bro2 ni la peneman ak dikala bosan sebab nak kluaq dating memang tak dating la aku..awek tadak bro!hahaha...So, layan jela bro2 yang 'rare' ni. Kalau melepak tu ak la yang paling tak 'rare' antara dey all semua. Yala, ak bukan dok kedai lagipon modai x banyak sebab ak dah banyak laburkan kat tempat lain!hoho...Banyak menda yang ak minat sebenaqnya...Tp next time la ak story.
Bebalik kepada cerita suatu malam d' B.P ni, Lepas tutup kedai malam tu kami terus ke BP Walk kat Jalan Rahmat. Biasa la lepak minum sambil borak2 kosong, tp malam tu kami ada tetamu: PR kepada salah sorang artis terkemuka tanah air kita. Sedikit sebanyak dia bercerita la tentang artis ni td. Rupanya artis ni nampak ja macam baik tapi tetap ada jugak tabiat buruk. Yang si PR ni tadi rilexs ja jawab "biasa la bro, dia pon manusia mcm kita jugak!" Dengaq ja ayat ak terus bedekah dibuatnya. Adui..indah khabar dari rupa sahaja. Tapi kalau kipas susah mati dia tau cerita disebalik tabir, memang bakaq abis dia punya poster!hahaha...Takpala, ak malas nak bercerita tentang keburukan orang ni, biaq la kat dia. Tu hak dia dan hidup dia lagipon sapa la ak nak p tegoq dia plak kan...???
Cerita bermula macam ni, baru nak mula!hahaha...Nak Mula cerita malam tu malam minggu dan biasa la kalau malam minggu ni kan..bulan Puasa plak tu. Mat rempit + mat kereta besepah la berpeleseran di dalam bandar. Kalau sempat kira boleh kata beribu jugak kot! Dan kalau ada budak2 ni mesti ada peronda polis dok ligan (kejar) budak2 ni. Tengah sedap2 bebual, ak terpandang satu Golf GTi ni masuk parking kat paking bay area tempat ak lepak. Sekali yang kluaq, budak muda, melayu!wah bangga jugak ak sat! Yala, x bleh pakai pon ada orang satu bangsa pakai kira tumpang bangga la kan...? Tutup cerita golf ni...
Perbualan diteruskan lagi...pastu ada satu geng mamat RXZ ni mungkin patah balik sebab ada polis kot kat depan. mereka naik mto menongkah arus la nak selamat punya pasai (dulu ak pon mcm ni jugak!) hahaha... Time dey all patah blik ni, datang satu kancil terus langgaq satu mamat RXZ ni tadi! Cuba bayangkan mcm mana keadaan kat tempat kejadian tadi. Mamat tadi pon tergolek disebabkan dilanggaq tadi. Orang yang tengah lepak minum semua bangun tengok! Pastu kluaq la mamat2 yang 'berkuasa' ni agaknya la sebab dey all x pakai uniform pon. Boleh ka mcm tu??? Pastu datang lagi satu Wira dengan 3 orang ahli yang mungkin 'berkuasa' jugak kot. Kebetulan moto mamat tadi ni terbalik dan terkena Golf GTi td! Pastu semua yang 'berkuasa' tadi ni dok bancuh mamat RXZ td! Memang la sebab hampa ramai, mamat tu sorang! Cuba ramai mau terdiam semua!hahahaha...
Moralnya, apa salah mamat tadi tu..???Besaq sangat ka salah dia merempit sampai dia diperlakukan macam tu...??? Lain la kalau mamat tadi tu merompak ka, membunuh ka, merogol ka, buang anak ka...bleh la kami tolong bantai skali dan semua orang kat situ bercakap demikian! Boleh ka polis buat mcm tu..???sampai macam tu ka kuasa yang dey all ada...??? Main langgar ja kalau mati budak tu mcm mana, patah kaki ka...??? Agak2 la kalau u all ada kuasa pon! BODOH mcm Gampang! Sori la kalau ada yang terasa tapi korang fikir la sendiri...boleh ka buat sampai tahap mcm tu...???? Pastu yang Golf td tu, sapa nak bayaq..??? Polis2 tadi tu blah gtu ja....! Nasib tak kena keta ak, kalau x...ak pon tak tau nak buat apa!hahahaha...Macam mana plak kalau kena kat batang idung diorang..apa diorang rasa...??? Tepuk dada tanya la selera...

Friday, August 13, 2010

Bersedekahlah Anda...


Besemperna hari baik bulan baik ni...apa kata kalau kita bersedekah kepada mereka-mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Bukan susah pon...Bismillah, baca Al-Fatihah. dah!cukup! Sebab kalau kita yang berada diatas muka bumi ni x sedekah kat dey all, sapa lagi...kn?Dan yang masih lagi bernyawa, beringatlah kita...semua akan menuju ke sana cuma waktu dan ketika sahaja tidak diketahui. Jadi sentiasalah beramal moga-moga ditambahkan bekalan kita. InsyaAllah...
Jadi dikesempatan ni ak nak dedicate kan kepada:

Arwah Pakngah kesangan ak,
Arwah Tok Wan,
Arwah Wa Desa,
Arwah Emy,
Arwah Ibunda Kepada Pak Nad,
Arwah Ayahanda MatRem,
Arwah Pali,
Arwah Tim,
Arwah Tokwan Aida,
Serta umah Islam diseluruh dunia sama ada yang baru ataupon yang dah lama meninggal

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka moga mereka tenang berada disana...Amin
Al-Fatihah...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam,
Kepada semua umat Islam di seluruh dunia...di kesempatan ini ak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua semoga puasa tahun ini cukup hendaknya dan tidak ada yang berkurang langsung. Hakikatnya puasa membawa kepada seribu keberkatan kepada kita semua dengan membuat amal kebaikan dan meninggalkan perkara yang ditegah. kalau ada yang nak buat jugak tu, sabaq la sat..sebulan ja pon lepas ni buat la dan lagi bagus kalau bertaubat terus!
Bulan puasa ni jugak merupakan bulan untuk mencari rezki...kepada yang berusaha lebih maka org itu akan mendapat ganjaran mungkin di dunia mahupun di akhirat kelak. Pada masa yang sama akan wujud la "kedai kami dibuka 24 jam sepanjang Ramadhan" jadah apa ni...????kalau bulan x posa tamau plak buka 24 jam kn??? Kalau dulu mungkin ak salah seorang pelanggan yang akan p ke kedai yang sedemikian tapi mungkin dak lagi dah la ni..takan selamanya kita nak dok dalam dunia yang kegelapan. Masa ni jugak la akan ramai orang yang bawak beg plastik "hitam" dengan tujuan tidak nampak isi kandungan di dalamnya!hahaha...ak tau ni sebab dulu ak pon sama saja. Memang akan cari plastik wana itam supaya orang tak nampak. Ak ni pon bukan la orang yang baik sgt sebenaqnya tapi cuba berubah kepada kebaikkan. InsyaAllah...dan dalam Islam juga disuruh untuk kita tegur-menegur diantara satu dengan yang lain.
Pada ak yang bestnya kalau bulan posa ni masa kecik2 dulu...main meriam!hahaha...kalau sapa yang dok kampung tu mmg meriah la dengaq bunyi meriam ja...senang kata Tok Bilal tak payah azan pon takpa, budak ni tolong bgtau yang telah masuk waktu berbuka dan tamat waktu bersahur...hahahaha! sama dengan org ketuk gendang sini pon BOOMMMM...!!!pastu lari balik rumah buka puasa!hohoho..meriah2...tapi budak2 skarg ni dah mcm tak pandai nak main menda tu semua sbb kat kampung ak pon dah kurang dengaq benda ni...semua dah advan kot..main meriam kat tenet ja!hahaha...kesimpulanya hilang satu keseronokkan di zaman kanak2...mmg x best! tp dari sudut positifnya, bgus jugak kurang kemalangan semasa bulan puasa! Alhamdulillah jugak ak x penah kemalangan semasa main meriam dulu kalau setakat ilang bulu kening tu biasa la!hahahaha...
Apa pon, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Sekian...