Friday, November 13, 2009

Kearah Matlamat Yang Bercanggah.....!!!!


Skarang nih ak tengah berusaha nak buat satu Perlembagaan...hahaha...mcm hebat gila ja bunyiknya yang tadak apa pon sebanqnya. Tak payah la ak cakap untuk apa biaq individu2 yang terbabit sahaja yang tau ataupon senang kata biaq masa la yang bagitau sekiranya segala yang dirancang berjalan dengan lancar yang ak sendiri tak yakin. Kebiasaanya beronak dan berliku tapi kita cuba untuk mengharungi semua yang mendatang. Cuma apa yang ak harapkan sokongan daripada semua pihak yang terbabit secara langsung untuk menyokong penuh apa yang akan dilakukan kelak. Kepada yang tak langsung, sekurang-kurangnya anda patut mendoakan kami semua walaupon anda tidak tahu apa yang kami rancangkan tapi percayalah...ianya bertujuan murni.
Kepada semua ahli yang terbabit, mari kita buktikan apa yang telah kita rancangkan dan dalam masa itu juga kita beramal untuk kebajikan jangan kita lupa! Moga Berjaya kalian semua....

Saturday, November 7, 2009

Selamat datang Minggu Kertas

Kenyataan diatas seolah-olah ak sangat2 mengalukan kedatangan minggu yang dinantikan oleh semua penuntut di IPT setiap penghujung semester. Pada hakikatnya ak tak bukak buku lagi untuk menghadapi kertas2 yang mampu membunuh sekiranya serangan yang dilancarkan oleh pensyarah terhadap anak didiknya di luar dugaan atau segala tips/hint yang diberi menyempang! Pasti maut bakal ditempah...Pasti berjumpa lagi...Pensyarah itu tersenyum!

Kertas ak mula lambat seminggu dari semua budak...sebab tu la ak rilexs ja dok layan komik la movie la..jalan sini jalan sana..haha..cuba kalau paper dah mula, pastu tak berapa bleh jawab...baru terasa bahang Minggu Kertas! ni lambat...memang semua bdk2 ak rilexs ja...Waktu sekarang baru la nak cuba..baru nak cuba bukak buku sebab bukan senang nak carik mood nak menghayati apa yang terkandung dalam kitab yang tebal itu...! Oleh itu, kepada yang terlibat...cubalah menghayati setiap ilmu yang ada dalam kitab itu sebagai bekalan untuk bertarung dengan Kertas! Moga anda beroleh kejayaan kelak...Selamat maju jaya kepada yang terlibat, Sama-samalah kita berdoa...

Tuesday, November 3, 2009

Si PengGila Denim

Jeans...???Pasal menda ni pon nak cerita ka...??hahaha...ak pon tak tau sebab apa ak bercerita tentang menda ni. Mungkin sebab ak bosan dan tak tau nak buat apa...Bila ak tgk seluar ak yg tergantung, "mak ai..byk jugak seluar ak ni..da bleh bukak bundle ni!" haha...ada jugak yang bila masuk ja bilik ak, tgk seluar tergantung...keluar penyataan mcm tu..walhal yg sebenarnya tak la byk sgt pon...sikit ja kot...
Kegilaan ak terhadap benda boleh tahan la...tapi bukan sampai ke tahap yg melampau la sbb poket tak tebal kot. Tapi setakat yang ada dalam simpanan ak tadak la rare sgt...biasa2 sahaja kalau nak dibandingkan dengan individu yang mmg mencari 'single digit' yang mmg sukar nak diterima dengan pemikiran biasa. Ramai yang idamkan...tapi tak berkemampuan...mcm ak!
Sbb apa ak jatuh hati dengan Jeans@Denim...kalau ak punya style, beli sehelai jeans yang huruf 'e' kepada 'E'...carik yang warna biru gelap(baru@baru pakai la....) pakai dari mula sampai jadi season...dan lepas tu baru nilai. Memang anda mengeluarkan yang agak byk untuk membeli...tapi makan masa bertahun untuk beli yang baru...sbb ak jarang berbelanja untuk seluar...setahun atau dua tahun sekali...tu pon kalau ada duit lebih la...
Tapi, apa pon ak bleh dikira tak berapa maju sangat la kalau nak dibanding dengan mereka2 yang betol2 gila dengan jeans ni sebab ak pakai satu brand ja, brand lain ak tak pakai..tu masalahnya. Nak buat mcm mana sbb ak jatuh hati dengan itu sahaja biarpon byk lagi brand lain. Ak pon tak tau sebab apa jadik mcm tu...
(Single Digit - pusingkan button paling atas seluar Levi's anda...kalau original kompem ada number...dan nilai yang paling sedikit adalah yang paling rare....!!!caya atau tak...bukak ebay, check..!dan pastikan anda percaya kebenaranya)
Dan, pandangan kalian pula bagaimana.........?

Wednesday, October 28, 2009

Lagi 2 Hari ja...

Hari ni dengan esok ja penat..pastu bleh fully Moon untuk seminggu..then Final! Nak abihkan 2 hari ni pon ak rasa lama...siapkan projek untuk steel yang mmg tah papa+gila+mereng+maki hamun dibuatnya dengan menda tuh...Tapi selesai sudah akhirnya, tinggai nak bentang ja....Hope tak kena tembak kaw2....Pray for it...!
Esok plak ada test + bentang projek dgn Ir. Azizan...Bleh gila ak dibuatkan kalau mengenangkan Prof. kesayangan ak itu!hahaha...I love U la Prof...!kekekeke....abis minggu ni kita p bercuti...cam? Nak p mana ha...??? Sesiapa yg nak mengundang ak ke tempat anda...???

Sunday, October 25, 2009

HoneymOOn....!

Salam kepada semua yg mengikuti blog ak yang tah papa ni...Ak kembali untuk merapu di ruangan ini setelah ak punya Final Project telah dibentangkan tadi pagi pukul 10.30 a.m waktu Parit Raja, Batu Pahat Johor.
Ulasan mengenai perbentangan - Ak nih bukan orang yang rajin sangat tapi ak try dedicate ak punya feel in my project. Kalau la apa yang ak buat tu semua betol ( tak kena paku la time present) mmg ak seorang yang hebat. Tapi berlaku disebaliknya...Ak kena paku jugak!hahaha...tp its normal sebab bagi orang mcm ak memang akan kena paku! kalau tak, tak tau apa yang salah...Ada la skit2 yang kena ubah..just minor correction ja. So, ak sangat berpuas hati dengan hasil kerja ak walaupon kadang2 tu boleh dianggap sampah!oleh Supervisor ak...hahaha...!sampah pon sampah la...asal, ak punya proposal aprroved! dan ak bleh mula dengan PSM II nanti...dan disebabkan PSM II melibatkan byk testing...jadi ak tak bleh bercuti untuk sem ni...Tapi, everyday is my holiday!hahaha...
I would like to thanked my Supervisor for everything that u told me to do...ak masih igt lagi ayat Supervisor ak masa first meeting " Kalau hg Main2...ak Sepak hg!"haha..tekejut ak dengaq...tapi takpa..supervisor ak ni sempoi ja even 2 bulan ak x jumpa dia...pastu datang dgn kerja yang mcm sampah!haha...He always know that...pastu dia maki sat...P buat balik!haha...tu ja dia akn ckp kat ak...A milion thanks goes to u, Mr Soffi...To all my fellows friend...thanks for giving me moral support and everything!(also to Tukang kejut Aku..Waktu Pagi sahaja..paham sajalah ak!kekeke) Last but not list..To my beloved Parents...Thanks for giving me moral support! n dont forget to update my Bank!haha..i am going holidays this weekend! i love u Mom n Dad...! Just n always both of u...

(Dalam masa yang sama - ada lagi projek yg tertinggal...tapi takpa..x pressure sgt berbanding dgn PSM tu...Paan,nnt ak setelkan...bg ak tdoq sat!)
Kepada semua sahabat yang belom present..persiapkan diri anda untuk berada didalam bilik yang sangat menggerunkan...the environment are not with us...!

LOVE + PEACE + HARMONY

Monday, October 19, 2009

Dalam KesiBukkan Kami Semua...

UTHM - 19 oct 2009 ( Pentas Budaya) telah berlangsung battle of the band dikalangan para pelajar dan ada beberapa org sahabat terdekat ak join event nih dan ini mungkis last performance diorg sepanjang berada di Parit Raja ni. Ak sebagai kawan pon tolonglah jd private fotographer untuk diorg dan ni sebahagian la gambar yg ak ambik.

Harun(vokal) - Lu mmg sempoi aa bro! Style lu mmg terbaik! Sepanjang ak tengok lu perfom, ni yang terbaik. Vokal superb! Gaya ada! Crowd enjoyed! ni br la performance bro....!!!

Ijat (Lead) - Lu punya goreng Suprb bro! Terbaik..!!! Hail to lead guitar!Good Job!

Vokal lu mmg superb! Kompem ak rindu nak dengaq suara hg nanti, ANGGOTA!

Awang (Drummer) - Dari posisi guitar ke ketuk2 plak!haha...Walaupon br berjinak tp tetap superb! Boleh diasah main double plak! Good Job bro...!!Nice roll for Jerangkung Dalam Almari!

Eyerish&yarn - Mereka semua adalah johan malam tu. Mereka menerima anugerah. Jutaan tahniah untuk korg semua. Usaha kalian tidak sia2.

p/s : Walaupon sebok dengan kerja yang menimbun untuk disiapkan tapi masih ada masa untuk goyangkan kepala! Kepada band2 lain tu ak mintak maaf sebab tak cover korang..ak malas mlm tu!haha..apa pon, Sekali lagi tahniah untuk semua yang menjayakan event. Kepada Awang&Harun...AKHIRNYA KORANG MENANG JUGA!!!!

Saturday, October 17, 2009

maRi MEREMPIT..!!!

Batu Pahat- 17 Oktober 2009 Satu golongan mat rempit yang bertayar empat telah ramai2 membakar tayar masing di litar sementara BP-Mall. Kebetulan ak berada ditempat kejadian dengan si Dahlia yg bengang mencari paking. Sukan xtream mcm ni semakin popular skrang ni di Malaysia baik di bandar sampailah ke kawasan kampung. Aktiviti ini boleh dikatakan sehat la sebab boleh hindar lumba haram (kononyalah). Apapon yang pasti, berdasarkan kemampuan la. Kalau ada duit lebih apa salahnya untuk memenuhi kehendak dan minat masing2.

Sebahagian daripada aksi mAt RempiT di Johor.

Walaupon pinkey tapi tetap nak join sama menghangatkan suasana. Tak semua keta racing ni tak lawa bukan apa...kalau lawa bleh pkai on the road..
(takut ak tgk lampu blakang s15 ni)

Si Comel berwarna kuning!Walaupon usia dah tua tapi still Rockin!Driver ni pon not bad la..Nice drift dude! Dan disebabkan menatang drift ni jugak la market keta2 lama naik di used car sbb demand tinggi! Ambik body, masuk enjin besar...pastu men drift!haha

Driver ni antara yg best la..asap kluaq byk mcm kilang!haha..hyperbola nih!

Mamat ni mai placing ja dengan bawak awek.Nasib dia bwk STi...kalau naik kancil,ak dah halau balik dah!haha...

Mnatang itam ni nak mcm mustang pon ada..Power beb!Tapi driver dia kureng aa..

Merempit dengan cara mcm ni tak salah disisi undang2. naik main sampai xcident pon mainla sebab ambulance pon da ready. xcident je trus henjut spital! Jadi,mainlah sampai habis semua tayar simpanan yang dibawa bersama dan kalau tak ckup gak,bleh oder!
(gamba byk lagi tapi ak mls nak upload!sorry...)

Thursday, October 15, 2009

Tempatkan Mereka Dikalangan para Sahabat

Mungkin itu yang dikatakan dengan ketentuan Illahi tiada satu kuasa yang dapat menghalang-Nya. Hanya Tuhan yang Maha Esa ku bersujud serta selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad s.a.w.

Berita pemergian seorg sahabat ak sangat mengejutkan semua pihak sama ada yang rapat dengan arwah ataupon tidak akan merasa kehilangannya. Terkejut mcm tak percaya! Sebelom raya arwah ada balik Malaysia dan balik ke India sebelom raya. Si arwah ada menyatakan nak datang berjumpa ka di johor (sekiranya sempat, kata arwah). Last dia call ak masa dia kat KLIA nak blk India..dia kata sorry bro tak sempat jumpa...Nanti ak balik lagi sekali kita lepak sama. Itu ayat yang terakhir yg ak dgr dr arwah. Sejak abih sek,arwah adalah org yg paling rapat dgn ak sedangkan tak siapa yg tau. Bukanlah rapat mcm mana, kami selalu berkongsi masalah..dia dengan life dia dan ak dengan life ak..yang boleh ngam tu sebab ada benda yang kami suka buat...cuma niat nak buat sama tu tak kesampaian. Bukanlah benda yang negative, boleh dikatakan mcm kongsi hobi yang sama la. Apapon,arwah seorg teman yang baik dari segi rohani dan jasmani. ak berbangga dapat kawan yang macam dia. Moga hg ditempatkan di kalangan para sahabat..AMIN...

Dan, dalam bulan ni saja ak kehilangan 3 org yg agak rapat dengan ak...Pak Saudara ak...Ayah Mat Rem...ni budak batch ak plak...secara jujurnya, ak berasa sangat sedih walaupon hampa tgk ak cool ja..Mereka pergi terlalu awal...MUNGKIN INI KETENTUAN.

Kepada yang masih bernyawa...Ckupkankah amalan yang dibawa untuk mengadap Yang Maha Esa. Tepuk dada tanya selera. Berpesan-pesan dan ingat-mengingati sesama kita.

Wednesday, October 14, 2009

Al-Fatihah untuk Seorang sahabatku....

14 Oktober, 2009 16:41 PM

Pelajar Perubatan Malaysia Terbunuh Dalam Kemalangan Di Salem

CHENNAI, 14 Okt (Bernama) -- Seorang pelajar perubatan tahun tiga dari Malaysia, Fatimatussolihah Aziz dan dua rakannya warga India terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka petang semalam.

Pemandu kereta yang hanya dikenali sebagai Dr Sabree dan seorang lagi warga India, R. Sree Kumaran meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi pelajar warga India, Dr Mohseen, cedera parah dalam kemalangan itu.

Fatimatussolihah, 22, yang berasal dari Kuala Terengganu, sedang mengikuti pengajian di Vinyaka Mission Dental College di Salem, kira-kira 400km dari Chennai.

Kemalangan itu berlaku apabila pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka yang terletak kira-kira 20km dari kolej itu, apabila sebuah bas penumpang tiba-tiba merempuh bahagian belakang kenderaan mereka, di sebatang jalan yang sedang dalam pembinaan.

Kereta Suzuki Maruti yang mereka naiki remuk akibat kemalangan itu.

"Pelajar Malaysia itu meninggal dunia di tempat kejadian. Pejabat Konsul Besar di Chennai sedang melakukan persiapan untuk membawa pulang mayat pelajar berkenaan ke Malaysia hari ini," kata Khairudin Abdullah, kaunselor pendidikan Malaysia yang berpusat di Chennai, kepada Bernama pada Rabu.

Mayat itu dibawa ke Bangalore, iaitu lapangan terbang yang paling hampir, dan akan diterbangkan ke Malaysia lewat malam Rabu.

-- BERNAMA

Tuesday, October 6, 2009

Di Antara....

Tanggal 5 October 2009, sahabat karib yang dok sebelah meja ak masa form 4 & 5 dulu iaitu saudara SaifulAzhar a.k.a Mat Rem telah kehilangan ayahanda tercinta. Takziah buat keluarga beliau dan untuk jenazah, sama2 lah kita berdoa moga2 rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman...serta niatkan untuk semua umat Islam diseluruh dunia sama ada yang baru atau sudah lama meninggal dunia...Al-Fatihah...

Sekiranya ditanya tentang apakah di antara faktor2 pemilihan seorang kekasih atau bakan suami mahupon isteri...apakah jawapan anda...???
Aku ada terbaca satu artikel tentang faktor pemilihan jodoh ni...bukan saja2 nak baca, kebetulan masa tu dalam 'belon' ak baca la megazine yg ada kat blakang seat tu. Cuma kat sini ak olah la..bukan ak igt semua...!haha...

Yang pertama : Soal hati dan perasaan...dia tak kira apa dah biaq sejuta halangan datang, apa lagi meredah lautan gelora...???hahaha..ak rasa ddah bukan dalam zaman tu la...dunia pon mcm agak terbalik lanih...tapi masih ada lagi...dia cuma ada cinta,lain tarak...!!boleh pilih ka golongan mcm ni...??

yang kedua : Soal yang paling hangat kot pada ak...senang ckp, POKET aa! asal poket tebal aje gua henjut beb!kekeke...(ada la sorg minah tu habaq kat ak). Cinta tu boleh dibeli dengan wang ringgit...betoi ka mcm tu...??tp kalau nak tau poket dia tu tebal dgn duit ka kertas, kena kenal dulu la...kan?jgn menyesal ja...

Yang ketiga : Paras rupa yang menjadi ukuran...!Cewahh...!!!asal lawa je,dahi licin je...trus dah mcm orang nak berak kat R&R Plus pastu toilet penuh!hahaha...x senang duduk!!untuk yg lelaki la...temasuk ak kot!hahaha...senang cita!kalau yg pompuan plak..mcm besa...!!!Org Kedah kata tergedik-gedik!ambik hampa...jerit la...mcm2 peel...

Yang keEmpat : Memandang kepada kebendaan...ni ak no komen la...senang ckp, kalau ada si 'tayar empat' tu senang buat cita la..kalau mto ni lambat sket kot!hahaha....sapa stuju..???

KeLima : Cinta pandang pertama...aduh, ni lagi la lemah...ni mmg style yang jumpa trus g ngorat!tp ak tak penah ag la kot...!hahah... tapi mana tau lepas ni kalau ada ka...haha...

Tepuk dada tanyalah selera, betol ka pilihan yang telah dibuat tu? Kepada yang sudah berkasih, ak doakan semoga berkekalan hendaknya dan kepada yang belom...(mcm ak ni...) buat la pilihan yang betol jangan menyesal di kendian hari....

p/s: Cerita ni tadak kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau telah mati...PEACE! =P

Thursday, October 1, 2009

Si Pendek Berpintu Dua ...

Kehilangan orang yang ak sayang maih lagi terasa walaupon sudah seminggu berlalu. Tapi hidup mesti diteruskan dan tanggungjawab semain bertambah. Akan ak balas semua jasa 'dia' pada ak...InsyaAllah...Untuk si arwah serta semua umat Islam di dunia sama ada yg baru atau telah lama meninggal...sama2 kita hadiahkan 'derma' utk mereka...Al-Fatihah...

Berbalik kepada pencarian Si Pendek Berpintu Dua yang sangat susah untuk jumpa kalau nak memenuhi semua spesifikasi. Tapi, dah alang2 mandi...biaq basah terus!haha..ak buat sendiri, tadak dalam kamus!. Punya la lama ak nak menunggu menda bodoh ni, nak cari. Tapi tadak!haha...La ni mcm dah ada perkabaran gumbira tapi sikit jala gumbira tu. kalau betoi2 nak gumbira kena tunggu tahun depan. Tengok, punya la susah nak mengejar Si Pendek ni....Hmmm...Terpaksa la bersabar lagi untuk satu tempoh masa sebelom meraikannya...!hahaha...

Kepada semua pihak yang memainkan peranan penting dibalakang tabir "Pencarian Si Pendek Berpintu Dua" ak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi tolong ak secara langsung mahupon tidak langsung. Ribuan terima kasih untuk semua. Dan jangan lupa, jadilah tetamu ak bila ak sudah memilikinya nanti...InsyaAllah...sama2 lah kita doakan.

Apa itu Si Pendek Berpintu Dua....???
Hanya orang yang rapat dengan ak sahaja tahu apakah benda bodoh ini...!!hahaha...
kawan2...bg ak sikit masa lagi.... =P

Sunday, September 27, 2009

Al-Fatihah....

Salam hari raya salam aidilfitri buat semua yang mengenali ak. ak mintak maaf dari hujung rambut sampai ujung kaki jika ada slah dan silap. Moga2 aidilfitri kali ni membawa seribu makna buat semua.

Tanggal 24 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan, bapak saudara ak merangkap orang yang paling rapat dengan ak, paling memahami ak dan paling spoting dengan ak telah kembari ke Rahmatullah sebelum sempat bersahur pada pagi berkenaan. Kepada yang membaca ruangan ini, ak mintak simpati semua agar menghadiahkan Al-Fatihah untuk Angah ak. Moga2 rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnn....

Monday, September 14, 2009

Renungkan sejenak...

Pada pandangan saudara/saudari yang bijaksana, Mengapa dan kenapakah para-para rasul, para2 sahabat dan para2 ambia' dipilih dari keturunan Arab...???Kenapa tak orang Malaysia ka, Eropah ka, org Mexico ka....Sebab apa orang Arab jugak...???
Hujah anda.....

Wednesday, September 9, 2009

Keinginan...

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri yng bakal menjelang.
ak pon seperti org lain jugak nak beraya dan mesti nak pakai pakaian yg cantik2...ak pon tak ketinggalan tapi sampai hari ni ak tak bli apa lagi. Ak ada beli selai baju tapi baju tu masih on shipping lagi. Kalau sampai sebelum raya sempat gak pakai dan kalau dak..hmm..tadak la jawabnya.
Sebenanqnya raya tahun ni ak mengharapkan selai sejuar jeans tapi haritu Big BOSS da tepon ckp tadak peruntukan untuk itu. Sedih pon ada gak dah la 2 tahun dah ak tak beli seluar. Nak beli kat bundle pon x boleh sebab tiada yang berkenan dihati. Ak cuma mengharapkan 501xx LVC yang baru ja yang hanya tinggal impian. So, raya tahun ni tadak apa yang baru dan yang spesel.

Anda bagaimana...Sudah bersedia....???

Tuesday, September 1, 2009

Kekejaman Dan Kasih sayang

Cover nih mmg unik pada ak walaupon ia simple tetapi sangat menarik!
( Dikeluarkan pada tahun 1987 - semperna tahun kelahiran aku..haha)

Guns.N.Roses - Salah satu band antarabangsa yang ak sangat minat dari zaman ak kanak2 lagi. Dengar saja intro "sweet child o' mine" anda akan berkata..."itu lagu Guns N Roses..". Semua sedia maklum dengan band nih dan kepada yang tidak mengenali dan tak pernah dengar lagi band nih, try la dengar mana tahu ngam ka dengan jiwa.


Line-up Guns N Roses

Walaubagaimanapon, band ni dah berkubur disebabkan masalah dalaman dalam band. Rugi kan, band dah kategori lagenda pastu bubar...Tapi Slash dengan Alxs Rose masih rockin sampai sekarang. Alxs solo dan Slash banyak feat dengan artist lain.

Lagu Pilihan Aku.
1. Sweet Child'o Mine
2.Patience
3.Dont Cry (Original)
4.November Rain
5.You Could be Mine (tema filem terminator 2)
6.Knockin On Heavens Door (GnR version)

Saturday, August 29, 2009

Apa aDa deNgan BUNDLE....???

sekadar gambar hiasan

Kalau nak bercerita apa itu bundle ak rasa semua sedia maklum dengan istilah tersebut tapi yang berbeza pada ak, tanggapan org atau persepsi org terhadap barang2 bundle nih. Ada yang kata kotor la, najis la, kumas la dan apa2 sajalah yang org kata baik yang positif atau negative tapi ak rasa lagi banyak negatif dari yang baik. Biasala kot...lumrah!Yang buruk semua orang nampak...

Kepada semua pembaca ruangan ini, ak merupakan seorang penggemar barang2 bundle. Senang cita semua baju ak ak bli kat bundle cuma ada skit2 saja yg ak g bli kat butik. Bukan apa,kalau bli kat butik tu koyak poket ak...haha...so,kita carik la altenatif lain untuk shopping. Kalau orang yang betol beduit tadak hal la.

Mungkin ada yng berpendapat, bli yang murah sudah..dpt banyak! Tak menjadi masalah sebab anda yang tentukan penampilan anda. Untuk org yang suka akan jenama dan tak layan bundle, semestinya orang itu akan berbelanja besar sekiranya orang itu mampu. Bagi golongan yang kurang berduit dan nak bergaya dengan barang berjenama, bundle la tempat yang terbaik untuk golongan ini termasuk la diri ak sendiri.

Sekiranya anda seorang yang gemar keluar masuk bundle, anda mungkin akan mendapat barang2 yang menarik atau dalam istilah lain disebut 'rare' seperti barangan berjenama terkemuka yang sememangnya tidak terdapat dalam pasaran di Malaysia. Sekiranya anda malas nak masuk bundle, zaman sekarang senang beb, dok depan pc pon boleh beli barang. Web belambak!carik ja..bukan susah sangat cuma tak dapat pegang ja barang tu.

PANDANGAN KALIAN PULA BAGAIMANA....???

Thursday, August 27, 2009

Menziarahi...Part II

Ak terdengar bacaan ayat suci Al-Quran berkumandang dan ak sangat pasti dan yakin dengan nada dan intonasi Qari membaca ayat suci itu datang dari Kota Mekkah Almukarramah. Betapa ak rindu akan tempat suci itu. Ak tak nafi yg ak sangat rindukan kedamaiaan disana seolah-olah menjemput ak kesana lagi...InsyaAllah....

semasa kunjungan ak ke tanah suci tempoh hari ak sempat melawat ke negara yang tidak kurang popularnya,Mesir atau Egypt. disini letaknya menara firaun dan kerabatnya yang dijaga oleh sphynx. mmg menakjubkan!mcm mana org dulu buat menda tu...???apa yg ak boleh simpulkan tentang tu...firaun ni masa idup menyusahkan org dan masa dah tadak pon menyusahkan org. dah bosan dengan piramid tu bukan ada apa pon.
Yang menyedihkan....
ak berkesempatan melawat ke makan imam kita iaitu Imam Shafie r.a. apa yang menyedihkan,pak arab disana tidak menggunakan mazhab Shafie jadi diorg buat tak ambil kesah sangat dengan kewujudan makam tersebut.

jalan menghala ke makam.

jalan nak menghala ke makam ni mcm anda nak ke tempat longgokan sampah. kiri kanan ada sampah. mmg bukan jalan menghala ke masjid yang menempatkan seorg wali Allah. keadaan di sekitar kawasan masjid ni macam baru lepas perang dengan bangkai kereta terbakar, dinding pecah mcm kena bom. masyarakat disini jugak sangat daif dari kita yang berada di Malaysia. mungkin kita tgk Egypt dengan Giza piramid tu indah tapi tidak seperti yang disangka. Jika anda berkesempatan melawat ke Egypt,lihatlah sendiri bagaimana keadaanya.

masjid yang menempatkan makam imam besar kita.

p/s : Ak juga menyimpan gambar di dalam kawasan makam. Boleh mintak secara peribadi jika nak tengok cuma ak tak mau publish ja. Terima kasih...

mEngApa dAn KenapA....?????

lumrah alam....semut akan tertarik kepada benda yang manis....
tapi untuk benda manis semula jadi mcm madu asli, buah kurma dan buah kismis....semut tak ambik pot langsung...walhal semut tu p amek lap kat sebelah manisan tu ja...(ak da buat experiment dah....x caya try...!)
sebarang pendapat....????

Saturday, August 22, 2009

Puasa....

hari ni hari pertama puasa...alhamdulillah hari ni selamat dengan jayanya walaupon mcm nak tergelincir d tengah hari tadi...hahaha...dah la ak dok sorg..bleh ja ak nak masak td...tp kg takut makcik sebelah umah tu plik plak tengah hari da menumis...simpan bebuka pa...hahaha...
ak nak berkongsi dengan pembaca blog ak nih tentang sejarah ak puasa dulu2 masa zaman sekolah rendah dan sek menengah pon masih lep puasa ag...tapi kalau mak ak tanya mmg full...kekeke!zaman puasa kat kampung ni mmg susah gila nak full...maklum la setan yang bertopengkan manusia masih lagi bebas mengjarum supaya makan...haha..yang bestnya kalau buat sorg2,diam2 takpa...ni diajak berkonvoi beramai-ramai makan sekali...takde duit sanggip sponsor asal join!hahaha...makan mesti lauk ayam!lain ak tamau!hahaha...
ada sekali tu ak dengan member2 ak masak megi dlm utan tepi sek ak...nak dijadikan cerita utan tu terbakar tp tak la semua kira asap tu banyak gak la....yg lawaknya org yg menyebabkan tu yg p mintak tolong dia kata "ada org tak puasa masak megi dlm utan, kami nampak td.."hahaha...dah semua org tanya sapa yg tak puasa...semua geng ak selamat!hahaha...

Monday, July 6, 2009

Menziarahi...

Salam....
cuti sem lepas sesi 08/09 ak sempat melawat ke tanah suci yang pada ak mmg suci la. mmg best gila dok sana ak pon tak tau nak xplain mcm mana tapi best la walaupon panas.tapipns dia x mcm panas malaysia beb..lain mcm sikit panas dia..suhu mlm 30 lebih darjah mcm siang di kedah.panas malaysia terik sana taktau la nak ckp mcm mana dia punya pns tu...peluh tak bebau beb!kain ihram bwk blk malaysia setelah seminggu pakai disana masih bau kedai!!haha...

Masjid Al-Nabawi, Madinah - masjid paling lawa dalam dunia ak rasa..kalau masuk dlm dia rasa mcm dok dlm istana yang diselaputi emas.bumbung yg kat luaq tu boleh bukak tutup ikut time. dekat sinilah Rasulullah s.a.w disemadikan, kalau tgk betol2 ada kubah berwarna hijau..betol2 dibawah kubah tu.Makan yang sentiasa berbau harum!

Masjid Al-Nabawi - pencahayaan mmg terbaik beb!!lawa gila!!


Masjid Al-Haram, Mekkah - tempat dimana khiblat semua umat islam diseluruh dunia mengadap.ak tengok kaabah memula ak tergamam beb!x percaya dah dok depan kaabah.boleh tgk bejuta org kat sini.baru tau betapa ramai org Islam.kat sini,ambik wuduk pon pakai air zam-zam beb!haha...

Tanah Haram ni dipenuhi dengan burung merpati jenis ini.warnanya semua serupa.burung2 ni lepak sekeliling Masjidil Haram tapi bukan dlm kawasan masjid.

Pada aku, ni tempat yang paling best dan paling cantik dlm dunia penah ak p.kalau tempat lain tu kita puas tgk dengan mata je tapi kalau kat sini...hati rasa sangat tenang dan mata juga jatuh hati walaupon kota ini tidak dihiasi dengan lampu yg banyak,pokok2 tapi ia cukup cantik sampai tak tau nak habaq!dan bayangkan kalau kita berkesempatan meninggal dunia kat sana.betapa nikmatnya!cuba bayangkan.....kita mati kat tempat suci...diletakkan dihadapan kaabah utk disembahyangkan...dan bayangkan betapa juta org sembahyangkn solat jenazah utk kita....betapa nikmatnya!
pesanan ak,kalau ada duit...muda2 ni pi la sana..p ziarah pon ok kalau tak p buat haji.tgk lah sendiri betapa indahnya kota ini.

Sunday, July 5, 2009

musim baru...

Salam...
dah lama page ni senyap ja...ak yg buat lupa dgn page ni tapi byk benda nak bercerita..takpa kata org pelan2 kayuh la...hahaha...
esok dah stat sem baru...terasa kemalasan yang teramat sangat utk bgn di pagi hari untuk mandi..dahla sejuk gila pagi2 dengan musim ujan la nih...tapi mcm mana sjuk pon kna mandi jgk...x boleh kalau tak mandi...
kepada semua sahabat yg sama2 berjuang,truskan usaha murni anda dan moga2 direstui-Nya.

Monday, May 25, 2009

next page...










bersantai di Teluk Gorek.

agak lama ak tak update menda nih...ak pon dah mcm telupa..
biasa la bloq yg tak poweff...(sebutan pak lah) hahaha...

okeh,aritu 14 - 21 Mei 2009...
aku dan kawan2 ber'survey camp kat pantai Teluk Gorek,Mersing Johor...
















Tuesday, April 14, 2009

minggu2 yg agak kejang...!

dah lama ak tak merapu kat page ni...
tah la,ak agak busy sikit kebelakangan nih...
byk keja yg ak kena siapkan...
tapi ada ja masa ak rasa cuma ak malas nak merapu kat page ni kot...pejam celik pejam celik..dah nak final dah minggu depan!haha...cepat masa berlalu...ak tak study ag ni..baru nak bukak2..hahaha...doakan la ak bleh jawab final nih..amin...
life...???mcmbiasa..agak bosan jugak kadang tu tapi masih terkawal lagi...nak carik awek pon malas..haha..kalau dulu beria tapi skarg dah malas..sempoi ja single ni!hahaha...cuma bosan sikit ja...member2 ada ag..ok la kan walaupon layan wayang sejenis...tp best sebenaqnya!mcm2 peel ada!hahaha...terhibur3....!!haha...
to all my friends...good luck in your final...all the best...!!!
may ALLAH bless you always...!InsyaAllah...

Saturday, March 21, 2009

Berjalan Di Tanah Gersang.

dah lama ak post benda yg baru untuk page ni...
jadi mlm ni ak try cuba bagi ada new post la...
okeh,bekaitan benda yg ak ckp hari tu sebenarnya ia merupakan satu gadjet la..mainan untuk org dewasa.wah...!!cam best ja bunyik tapi mmg best pon sebanaqnya..cuma ak ni bdk baru belajar tentang benda tu mmg mcm org bodoh la...tapi member2 semua kata.."takpe beb,plan2 kayuh...!"haha..mmg pelan abis ni...kekekeke...gambaq tentang benda tu ada tp kt dlm nset..ak mls nak copy.jadi lepas2 ni la ak try upload...ala,besa2 ja...
dan sebenarnya ak boleh berkongsi web kat sini kan...???
http://www.flickr.com/photos/budakhitam/.....msk la tgk...nak kata terre tak pon tapi saja gatai tgk ak p buat menatang tu...ok juga sebenarnya!nk upload gambaq cpt!!!kalau nak tgk,tgk ja kat stu...sending pkai YM mcm gampang!takpa,mmg kurang tu...nnt ak bg terre ak show ag...!!hahaha...
selamat2....!!

Thursday, March 12, 2009

nTah keNapa....?

maaf la..sekarang ak agak sebok sikit..jadi ak kurang untuk benda2 mcm ni...
skarang ni ak ada 'mainan' baru...jadi biar ak explore benda tu dulu...hahaha...
nanti2 la ak cita...lps ni...ok?

Thursday, March 5, 2009

Sepotong Kek ....

dah lama ak tak ber'blogger ni...bukan apa keja byk yg sebenaqnya ak tak buat pon...kekeke...tp tah la mungkin ak da kering idea...hahaha...papa jala...

sebenaqnya, hari ni 05.03 tarikh dimana ak dilahirkan kedunia ini pada 22 thn lepas di kg tercinta Kg.Permtang Buloh...mmg ak anak jati kg tu...hahaha...tima kasih juga untuk ibu dan ayah yg melahir dan menjaga ak selama ini...tima kasih yang tak terhingga...
mcm biasa,tiap2 thn tiada sambutan!haha...just ak ja yg syoq sorg2...hahaha...tak kesah la...ak hepi ja walaupon tak disambut...hahaha...tp acara tetap ada...mmg tak miss la..kekeke...
Happy birthday beb!hg pon da tua..hahaha...

Monday, February 23, 2009

Hang dah Tua Beb...!!!

HaHa..kasaq kan bunyi dia...tp itu la lumrah org yg dok kawasan utara ni...ak rasa kalau org sebelah selatan dgr mula2 mesti diorg igt mamat ni nak carik gadoh ka apa...???hahaha...tp sebenarnya tak bermaksud mcm tu pon..dgr ja bunyik kasar tp hakikatnya loghat dia mmg mcm tu...tak bermaksud nak gadoh...ok bro...???
ceh,intro slalu out of topic...!!!kekeke...
Sebenaqnya ak nak ucapkan selamat hari lahir yg ke-22 kpd sorg member ak ni...sbb tu la keluaq topic mcm tu...kira member ni kalau ckp dgn dia bleh carik gadoh la...ada ja yang tak puas aty...ak mungkin tadak hadiah untuk hg tp at least ak memperingati...walaupon dah lepas tapi kira ok la tu...ptt hg bangga ada gak musuh hg yg igt...(mesti dia jwb mcm ni..."x suruh pon igt...!"kekeke.....)
Tak kesah la hg nak kata apa pon...lagi pon mmg patut kot ak berterima kasih kat hg...sbg kawan,ak doakan semoga hg panjang umur murah rezki dan bejaya naik ke puncak Everest tu...!!!
Nasihat: ak rasa elok gak kot kalau nak 'cari' pon...umoQ pon da mkin tua...kekeke!

HAPPY BIRTHDAY bro....

Saturday, February 21, 2009

Just Call it a Bad Day...

Hari ni ak rasa agak hampa la...bkn la sbb yg munasabah sgt tp sbg fan ak rasa tersgt hampa gak la...hari ni ada battle of the band kat ak punya U..jadi dlm kalangan kami semua ada la 1 band tu dr geng2 ak...pd ak band ni ada keunikan tersendiri la bukan nak kata hebat sgt tapi ok la...vokal dgn gaya sengai ubi dia, penggulung dia, unik jugak, bass-muka baru but not bad la..bleh diasah lagi bakat tu..truskan!!drummer, boleh pergi jauh...intresting!rhythm...so far ak puas aty la...
Semalam ak ada dgr diorg main...pd ak, sempoi! Tp pg td ada proses saringan...dlm masa ni diorg tak lepas...ak pon tak tau napa diorg tak pefom well...jadi disebabkan tu ak berasa agak hampa la...tp takpa,tak ada rezki kata org..next time kita cuba lagi...jgn ngalah geng pasni kita buat ag power...tgk apa jadi...orait..???
untuk Yans...Selamat Maju Jaya.

Wednesday, February 18, 2009

Sikap Orang Kita

Cerita ni bukanlah berkaitan dgn ak pon sebenanqnya..tp ak nak korang semua cuba renung dan fikirkan...
ada la sorang hamba Allah ni..dia ada kenderaan..senang cerita kereta lah..nak kata dia kedekut ke ak pon tak pasti la sbb ak tak kenal dan rapat sgt dgn dia..cuma kenal2 gitu ja...
okeh,bdk ni td pegi ke kelas selalunya dia akan pegi sorang ja naik kereta waja dia..kekeke...
jadi tak kesah la kan dia nak p dgn sapa pon...(mcm mn ak tau sbb bdk ni awek member kpd member...mcm tu la lebey kurang...)
Satu hari tu ak sempat bersembang dgn bdk sekelas dgn hamba Allah yg bwk kereta td tu...ak tanya la dia stay kat mana..sbb ak tak penah tau pon bdk ni sapa..cuma pnh tgk time koko ja kot(sbb bdk ni kira bleh thn la...kekekeke...secara kebetulan bdk ni tadi terlanggar member ak sbb kami jalan berdua waktu tu..sbbnya bdk td ni lari nak keja bus..ak dah nampak dia lari kearah kami..pastu sambil blari tu member dia panggil..dia toleh dan bila tgk dpn...betol2 dpn muka member ak..POM...!!!dua2 tegolek..kekeke...yg member ak ni sebok tgk nset reply msg...dan ak plak tak sempat panggil member ak tu..jd tegamam..!nak tergelak pon ada...dan ak bantai glak jugak la..dan member yg panggil bdk blari tu pon dtg...(glak dulu pastu rasa bersalah sbb pggl..) ak pon tak phm...bila dah terlanggar bus pon tlepas...
Pastu ak runner g anta assignment sbb member ak td tu baikkk punya dia pancing bdk pmpuan yg langgar dia td...dipendekan cita, member ak td ni tompangkan bdk td blk kebetulan lalu jln yg sama dgn kami..dlm pejalanan tu ak sempat la tnya...kenapa tak blk dgn member td tu..??korang satu taman kan...??bdk tu jwb ya...ak tanya ag..dia tak penah ajak tumpang ke...??bdk tu jwb tak....walauPon diorg blaja guna jadual yg sama...

Monday, February 16, 2009

Teman...Kawan...Sahabat...

Semua perkataan tu membawa maksud yang seakan sama...tapi definisinya adalah berbeza...kalau nak suruh ak terangkan semua memang berjela nanti ak tulis...dan mungkin tak berkaitan..haha...
Sebenarnya ak nak bercerita tentang seorg teman yang ak kenal la...nak kata ak rapat sgt dgn dia ni tak jugak...cuma seolah mcm rapat la...pada ak,ak anggap dia mcm teman yg spesel la...tapi jgn la tersalah tafsiran mengatakan spesel tu mcm teman istimewa yg kita ada perasaan kat dia...jgn beb!!!nnt kelain peginya...hahaha...
Teman yg ak maksudkan ni dah lama ak kenal dia tp dulu tadak la rapat sgt...cuma kadang2 saja sempat duduk bersembang sekali...ssh gila nak bersembang dgn dia...mula2 ak igt dia ni hanya bercakap tentang ilmiah ja...maklum la pada ak dia ni bdk baik la...boleh dijadikan teman la...tp bila dah lama ak kenal dia ni, br ak tau bdk ni masuk air jugak...boleh thn la mulut dia..perangai...??not bad la...tp jgn salah fhm...ak rasa dgn ak ja yg jadi mcm tu...depan org lain ak rasa pijak semut pon tak mati...kekeke...
Ak rapat dgn dia sejak zaman sek menengah lagi...tp kwn2 ak yang lain tak sedar yg ak rapat dgn bdk ni..bkn secara sengaja tapi secara tak sengaja...dia penah jadi 'cikgu' ak untuk satu subjek yg killer la masa tu...Alhamdulillah,ak dpt keputusan yg diluar dugaan la untuk subjek tu...thanks kawan!
Sekarang ni dia sedang melanjutkan pelajaran kearah bidang yg maybe akan buat dia kaya..hendaknya lah..ak mendoakan supaya dia tu berjaya la dalam bidang dia..dan jgn la lupa kawan2 yang lain...dan untuk teman,sahabat dan kawan2 ak yg lain,ak turut mendoakan kejayaan korang..InsyaAllah...

Friday, February 13, 2009

The Rolling Stone...

Tau bundle...???bundle ni kira brg terpakai la...ni org yg tak byk duit ja main..duit byk g butik la..ak ni seorg penggemar barang2 bundle la...dala lama aku men bundle ni since ak sekolah menengah lagi...dan kali ni ak nak bercerita tentang tshirt..ak nak wat review tentang Band Brand punya tshirt...mcm2 band yang ada around the wolrd ni..tp band2 yang famous la mcm Metallica, Led Zepp, Gun n' Roses (fav ni), The Rolling Stone, The Clash, Ramones dan byk lg la...korang sedia maklum la...tp kebanyakan band ni semua lahir masa ak pon belom lahir lagi...ada 60's, 70's 80's...yg ak respeknya sampai skarg band2 still ada lagi dan diorg ni still lagi buat Tour walaupon umur sekor2 dah bleh panggil datuk la...(kalau kita rumah kata pergi kubur kata mari la...kekeke) tapi diorg ni still lagi boleh jumpin on stage, head bang..power seh diorg ni semua...
kali ni ak nak wat review pasal sebuah band yg dah lama menapak kat muka bumi ni...band yg ak maksudkan The Rolling Stone...ak pon tak kenal sgt dgn band ni memula dulu..tapi lama kelamaan ak dah kenal skit2...ak cita skit la...
Band ni mula ditubuhkan pada June 1962 (tgk..gila punya tua...band ni buat 20 thn sebelom ak lahir..mmg datuk la diorg ni skarg...!) mula ditubuhkan di London, United Kindom...The Rolling Stones' first US tour in June 1964..(kalau ak ada baju tour ni..mmg ak meriah...!!!)
ak minat dengan Rolling Stone ni bukan sebab dia perform best ka, lagu dia best ka..cuma yg ak minat dgn The Rolling Stone ni sebab trademark dia..yg gambaq tongue tu yg buatkan ak jatuh hati...mmg lawa pada ak la..korg semua ak tak tau la...ada org ckp jatuh aty kat tulisan sambung the Rolling tu..ntah!masing2 punya pendapat la...
cerita sebenaqnya kat sini..ak nak berkongsi dgn korang la..tp satu ja ak nak pesan...ak nih bukan collector untuk tshirt band brand ni..aku cuma carik yg ak minat ja..tak mcm setengah org tu..nak band apa ckp ja...suma ada...ak tak,ak admire dgn sesetengah band sahaja...nak ckp ak ni pandai sgt bab baju ni tak la..ak pon ada knowledge skit ja...yg mana ada ak share la...ak pon baru ja blajar tentang menatang ni...
The Roling Stone Us tour ni antara salah satu yg ada dlm simpanan ak la...susah gila nak dpt baju ni...dah lama ak tunggu dan aritu brother bundle tu call ak ckp benda ni dah ada...xcited gila ak nak bli...pg ja trus ak ambik dgn tak ckp byk..maklum la dah la ngidam nak pakai...kira ni antara brg yg ter'rare yg ak ada la...

ni print depan
( lawa kan gambar lidah ni? )
kalau tgk skarg punya lidah da byk warna merah


ni print bahagian belakang...
baju ni dikeluarkan thn 1989...walaupon baju ni muda dari ak 2 thn tapi sebenar dia sendiri pon dah tua...





ni dia punya tag...
pada ak tag ni amat penting la...
kalau korg nak bli brg vintage..
pastikan korg semua ada knowledge la...
baru tak kena tipu...
kalau korg tgk betol2 kat tag tu ada dia tulis...
50 polyster, 50 cotton...yg tu adalah jenis kain dia..kain 50/50 ni wujud sekitar taun 70's and 80's la...disebabkan kain tu la harga dia jadi boleh thn la...
pada ak kain 50/50 yg terbest la...sbb bila da lama sgt,baju tu nanti akan jadi jarang bila dah 'season' sbb dia punya kain yg cotton tu kluar cuma tinggal yg polyster tu ja...bayangkanlah mcm mana baju tu jadi...


Wednesday, February 11, 2009

Disebalik tabir...

Assalamualaikum...
okeh kali ni ak nak bercerita tentang dr mana asal usul nama ni (mcm lagu Wings-Mencari Asal Usul..try la dgq,sempoi beb...!!!).ramai yg bertanya ak tentang dr mana asal nama china tuh..tgk org gelap tapi nama china...kekeke...
mcm ni sejarah dia..
masa ak zaman sek dulu form 1 la..ada la sorg mamat ni (nama dia Huzir a.k.a Pak Z) bg nama china papa priya papa..filem tamil apa tah ak pon tak pnh tgk..tau nama ja...dia bg nama sempena nama filem tu la...disingkatkan menjadi china ja...bermula dr situlah sampai skarg org still panggil ak dgn nama china...cuma aku tukaq jadi chenna..kalau bdk2 sek aku,sebut ja mungkin diorg kenal kot...
ok, kitamura plak..yang ni abg angkat ak yang bg nama ni..
cerita dia, dia letak nama aku dlm henset dia dgn nama fiefykitamura..satu hari tu ak tepon dia,henset dia tertinggal kat pejabat..kemudian bos dia tgk..dia kata "lu ada kawan dari jepun ka...???hebat aa lu sampai ada kawan jepun..." yg si bro ni dah gelak gila dah...dia iya kan aja...satu hari tu kebetulan ak p ofis dia..dia kenaikan ak dgn bos dia...bos dia punya hangin...kekeke...last skali satu pejabat panggil ak kitamura..bodo betol...!!!(kalau ak ada iras org jepun takpa jugak...ini,tak langsung!hmm....)

Monday, February 9, 2009

Les Paul...


Satu benda yg aku sgt admire adalah menatang ni...nak kata ak terre main tak la..cuma ak sgt meminati brand Gibson nih..
petama, sbb bentuk dia yg seakan klasik..mcm old school sket..kontra warna pon sempoi...ada tarikan tersendiri la..
kedua, bunyik dia ni ada satu macam sikit..mcm nak country,melodic..barangkali..(pandangan ak la...)
ketiga, ada sorg mamat ni guna gitar ni..band terkenal dgn lagu Sweet Child o' Mine, Gun n' Roses..mamat bernama Slash ni guna gitar Gibson Les Paul ni..dan Gibson sendiri buat khas Gitar untuk mamat Slash ni..Les Paul Slash.
ak tringin gak nak bli mnatang ni...tapi mahal nak mampos...!!tg la sampai ak terre main gitar, ak byk duit nnt ak bli...Pray for me ya...!

Selamat Datang...

Assalamualaikum...
sebenaqnya ak pon tak tau nak tulis pa...
ak men taram buat ja...kekeke...
maybe lps ni ak akan stat wat....
lgpon skarg ni busy skit....
ak ada idea ak tulis la...