Sunday, August 8, 2010

Edisi Khas

Sekadar Hiasan
Lokasi : Felda Selancar

Tanggal 11 July 2010 - Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku apabila benda yang dinantikan selama ini telah tiba dirumah ak dan menjadi hak milik ak buat selamanya. Benda yang ak maksudkan ni boleh dianggap mcm bini la oleh kaum lelaki!hahaha...Si Pendek Berpintu Dua! Kepada semua sahabat yang menunggu kehadiran benda alah ni, secara official-nya ak bgtau semua yang benda tu telah berada di dalam genggamanku. Tarikh ni juga merupakan tarikh di mana sepak mula Piala Dunia 2010 berlangsung cuma sepak mula tu mula malam, kereta ak sampai petang tu!hahaha...kepada yang menyapot secara langsung dan tak langsung, terima kasih yang tak terhingga ak ucapkan kepada semua.
Dah lama ak nak buat entry ni tapi asik tadak kesempatan ja...jadi ak tangguhkan dulu. Skarang mcm ada free skit, jadi ak merapu la kat sini lagipon dah lama ak tak buat entry kat sini. Komen: setakat sekarang ak sangat berpuas hati daripada semua aspek tak kira apa jua skalipon. cuma kalau nak ligan 'bro2' yang dah lama main ni mmg x dpt la...ak mmg tercicir dibelakang la alamatnya..keta depa semua pakai toyol!hahaha...keta ak standed gaban punya tapi bleh la skit2...sikit ja, x byk pon...kalau nak race, bro p dulu la...sy cucuk angin pon jadilah!ohoho...
Dan, terima kasih yang tak terhingga ak ucapkan kepada kedua IbuBapa ku yang terlalu banyak berusaha untuk mendapatkan isteri pertama ak ini. I LOVE BOTH OF U SO MUCH...!!!Sehingga ketemu lagi dilain masa...

No comments:

Post a Comment