Kalau nak bercerita apa itu bundle ak rasa semua sedia maklum dengan istilah tersebut tapi yang berbeza pada ak, tanggapan org atau persepsi org terhadap barang2 bundle nih. Ada yang kata kotor la, najis la, kumas la dan apa2 sajalah yang org kata baik yang positif atau negative tapi ak rasa lagi banyak negatif dari yang baik. Biasala kot...lumrah!Yang buruk semua orang nampak...
Kepada semua pembaca ruangan ini, ak merupakan seorang penggemar barang2 bundle. Senang cita semua baju ak ak bli kat bundle cuma ada skit2 saja yg ak g bli kat butik. Bukan apa,kalau bli kat butik tu koyak poket ak...haha...so,kita carik la altenatif lain untuk shopping. Kalau orang yang betol beduit tadak hal la.
Mungkin ada yng berpendapat, bli yang murah sudah..dpt banyak! Tak menjadi masalah sebab anda yang tentukan penampilan anda. Untuk org yang suka akan jenama dan tak layan bundle, semestinya orang itu akan berbelanja besar sekiranya orang itu mampu. Bagi golongan yang kurang berduit dan nak bergaya dengan barang berjenama, bundle la tempat yang terbaik untuk golongan ini termasuk la diri ak sendiri.
Sekiranya anda seorang yang gemar keluar masuk bundle, anda mungkin akan mendapat barang2 yang menarik atau dalam istilah lain disebut 'rare' seperti barangan berjenama terkemuka yang sememangnya tidak terdapat dalam pasaran di Malaysia. Sekiranya anda malas nak masuk bundle, zaman sekarang senang beb, dok depan pc pon boleh beli barang. Web belambak!carik ja..bukan susah sangat cuma tak dapat pegang ja barang tu.
PANDANGAN KALIAN PULA BAGAIMANA....???